Skip to main content

Jangan Salah Anggap Dengan GULA!


Dalam kehidupan, kita tidak dapat dipisahkan daripada gula. Gula diperlukan oleh tubuh dalam membantu proses metabolisme. Rasanya yang manis membuat gula banyak disukai oleh semua orang, tetapi harus diingat bahawa sukatan gula berlebihan boleh menimbulkan pengaruh yang buruk bagi kesihatan.

Gula banyak dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan, seperti kegemukan, jantung dan lain-lain. Beberapa diantaranya masih merupakan kontroversi dan memerlukan kajian lebih lanjut.

1. Gula Menyebabkan Obesiti

Makanan dengan kandungan gula yang tinggi menghasilkan banyak energy (kcalories). Ketika makanan tersebut juga mengandungi kadar lemak yang tinggi, maka jumlah pengambilan tenaga dan lemak pada tubuh akan meningkat juga. Asupan tenaga yang melebihi keperluan tubuh, turut menyumbang kepada peningkatan berat badan. Tetapi gula bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan obesiti, dan obesitas pun boleh terjadi meski tanpa pengambilan gula yang tinggi. Dugaan bahawa makanan manis boleh merangsang dan meningkatkan nafsu makan atau makan berlebihan, sampai saat ini belum disokong oleh bukti kajian.

Mengehadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak gula merupakan cara berkesan dalam usaha menurunkan berat badan, terutama bagi orang-orang yang kelebihan kcalories-nya berasal dari gula yang ditambah pada makanan / minuman. Mengganti sekaleng cola dengan segelas air setiap hari, misalnya, boleh membantu seseorang mengurangkan 1/2 kg berat badan (atau sekurang-kurangnya tidak menambah berat badannya 1/2 kg) dalam masa sebulan.

2. Gula Menyebabkan Penyakit Jantung

Makanan yang mengandungi tinggi gula boleh meningkatkan lipida darah sehingga menjadi mudah terdedah kepada penyakit jantung (lipid meliputi lemak dan kolesterol). Pengaruhnya terutama pada orang yang mempunyai respon sukrosa tidak normal dengan sekresi insulin yang tinggi, yang mana hal ini dapat meningkatkan pengeluaran lemak berlebihan. Pada kebanyakan orang, pengambilan gula yang sedang, tidak akan meningkatkan lipida darah.

Pertimbangkan bahawa penyakit jantung mempunyai hubungan yang lebih dekat dengan faktor bukan makanan, seperti merokok dan genetik. Di antara faktor risiko daripada makanan, beberapa, seperti lemak tepu, lemak trans, dan obesiti, mempunyai kaitan yang lebih kuat dengan penyakit jantung daripada pengambilan gula.

3. Gula Menyebabkan Kelakuan Menyimpang pada Anak dan Remaja

Gula diyakini boleh menyebabkan perilaku buruk pada anak-anak yang hiperaktif, kenakalan remaja, dan pelanggaran undang-undang pada orang dewasa. Spekulasi tersebut telah didasarkan pada kisah-kisah peribadi dan tidak disokong oleh kajian ilmiah.

Tidak ada bukti saintifik yang menyokong hubungan antara gula dan hiperaktivitas atau perilaku menyimpang yang lain.

4. Gula Menyebabkan Ketagihan dan Kebergantungan

Makanan secara umum, khususnya karbohidrat dan gula, tidak menyebabkan ketergantungan / ketagih seperti yang terjadi pada ubat-ubatan. Namun beberapa orang menggambarkan diri mereka sebagai mempunyai "ngidam karbohidrat" atau menjadi "penagih gula".

Sebuah teori mengatakan bahawa orang berusaha memenuhi pengambilan karbohidrat sebagai suatu cara untuk meningkatkan kadar serotonin neurotransmitter otak, yang diyakini dapat meningkatkan suasana hati. Menariknya, ketika orang-orang tersebut memenuhi hasratnya, mereka cenderung makan berlebihan, tetapi peratusan tenaga dari karbohidrat tetap tidak berubah. Alkohol juga boleh meningkatkan kadar serotonin, dan penagih alkohol yang "ngidam karbohidrat" nampaknya dapat menangani "kesedaran" dengan lebih baik ketika diberi diet tinggi karbohidrat.

Kemudian "ketagihan" digunakan untuk menjelaskan mengapa menolak makanan sangat sulit dan, kadang-kadang, bahkan mustahil. Tapi "ketagihan" tidak bersifat farmakologis, kapsul zat psikoaktif yang umum dijumpai dalam coklat, misalnya, tidak dapat memuaskan keinginan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Sayur Kubis..eh..Jap2..Keburukan dia pun ada!

ANTARA KEBAIKAN KUBIS YANG PERLU DIKETAHUI Masih ada segelintir manusia diMalaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Tapi tahukah kita apa keburukan kubis sebenarnya dan disebalik keburukan ada juga kebaikan. Apa pun hakikatnya imbangilah pengambilan kubis untuk jangka masa panjang. Kubis berbanding dengan sayur lain ia agak murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Malah Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka. Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Da

Rahsia Disebalik Minuman coca-cola (Part 4)

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan salam 1Malaysia :D.. fify tak sangka pulak er.. ssah nk ckap.. mmg ssah nak percaya..anda lihatlah sndiri..fify sndiri menyesal :( hee.. Hina Islam Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah i

KeBaikaN ReBunG!

fifybeby.blogspot.com Rebung merupakan salah satu bahan makanan yang cukup populer di masyarakat. Rebung biasanya dibuang kelopaknya, diris-iris, kemudian diolah dengan cara dikukus atau direbus. Rebung yang sering dikenal dengan nama bung (bahasa Jawa), oleh masyarakat pedesaan sudah sejak zaman dahulu dimanfaatkan sebagai bahan masakan. Tunas Bambu Rebung merupakan tunas muda tanaman bambu yang muncul di permukaan dasar rumpun. Tunas bambu muda tersebut enak dimakan, sehingga digolongkan ke dalam sayuran. Dalam bahasa Inggris, rebung dkenal dengan sebutan bamboo shoot. Rebung tumbuh dibaigian pangkal rumpun bambu dan biasanya dipenuhi oleh glugut (rambut bambu) yang gatal. Morfologi rebung berbentuk kerucut, setiap ujung glugut memiliki bagian seperti ujung daun bambu, tetapi warnanya cokelat. Menurut klasifikasi botani, tanaman bambu termasuk kelas Monocotyle doneae, ordo Graminales, subfamili Dendrocalamae, genus Dendrocalamus, spesies Dendrocalamus asper Pemane