Skip to main content

Rahsia Disebalik Minuman Coca-cola(part 1)

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera jga salam 1 Malaysia :D..
terselak-selak..tersengih-sengih..tension gak nie..ala..admin p je taip2 kat google then jmpa pasal..pasal..er coca-cola?er..geram gak ni..da lama minum cola..tak sangka2..maklumla fify ni klau sakit je kena ada cola..srius..kna ada cola..da mula skit mamy fify p suh siapa2 je beli cola..ketagihan da nk minum cola..hehehe :D..tapi fify search td..laman web..jantung nk luluh bca laman web ni..ni fify kongsikan..~~

fifybeby.blogspot.com


Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.
Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.
Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Sayur Kubis..eh..Jap2..Keburukan dia pun ada!

ANTARA KEBAIKAN KUBIS YANG PERLU DIKETAHUI Masih ada segelintir manusia diMalaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Tapi tahukah kita apa keburukan kubis sebenarnya dan disebalik keburukan ada juga kebaikan. Apa pun hakikatnya imbangilah pengambilan kubis untuk jangka masa panjang. Kubis berbanding dengan sayur lain ia agak murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Malah Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka. Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Da...

KeBaikaN ReBunG!

fifybeby.blogspot.com Rebung merupakan salah satu bahan makanan yang cukup populer di masyarakat. Rebung biasanya dibuang kelopaknya, diris-iris, kemudian diolah dengan cara dikukus atau direbus. Rebung yang sering dikenal dengan nama bung (bahasa Jawa), oleh masyarakat pedesaan sudah sejak zaman dahulu dimanfaatkan sebagai bahan masakan. Tunas Bambu Rebung merupakan tunas muda tanaman bambu yang muncul di permukaan dasar rumpun. Tunas bambu muda tersebut enak dimakan, sehingga digolongkan ke dalam sayuran. Dalam bahasa Inggris, rebung dkenal dengan sebutan bamboo shoot. Rebung tumbuh dibaigian pangkal rumpun bambu dan biasanya dipenuhi oleh glugut (rambut bambu) yang gatal. Morfologi rebung berbentuk kerucut, setiap ujung glugut memiliki bagian seperti ujung daun bambu, tetapi warnanya cokelat. Menurut klasifikasi botani, tanaman bambu termasuk kelas Monocotyle doneae, ordo Graminales, subfamili Dendrocalamae, genus Dendrocalamus, spesies Dendrocalamus asper Pemane...

Rahsia Disebalik Minuman coca-cola (Part 4)

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan salam 1Malaysia :D.. fify tak sangka pulak er.. ssah nk ckap.. mmg ssah nak percaya..anda lihatlah sndiri..fify sndiri menyesal :( hee.. Hina Islam Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah i...